Ada Dalam Senarai...

Bila laa agaknya aku dapat baca novel nii... dah banyak sangat dalam waiting list... yang mana dulu niii??

Sinopsis
Aku benci kau! Itu yang pasti. Darius membenci perempuan kerana mamanya. Walaupun dia ahli perniagaan yang berjaya, namun dirinya tersepit kerana fitnah. Dia terpaksa akur dengan perancangan keluarga untuk meminang Adlene Kayra yang kebetulan berhutang nyawa dengan keluarga Darius. 
Namun Adlene Kayra menolak pinangan itu kerana mengetahui siapa diri Darius yang sebenar. Akibat desakan Puan Hendon, Darius telah menganiaya dan memerangkap Adlene Kayra demi memastikan gadis itu tunduk dan patuh kepada kehendaknya. 
Apa lagi yang boleh Adlene Kayra lakukan setelah maruah dan harga dirinya dirampas dengan begitu kejam oleh Darius? Selepas perkahwinan ini, mampukah Adlene Kayra bahagia bersama lelaki yang membenci dirinya?

Kali ni aku tak nak kau duduk kat sebelah budak sotong tu lagi. Kalau boleh, kau duduk sepuluh meter jauh dari dia. Kalau tak, neraka tempat kau! - Darius

Memang kau jenis lelaki yang tak tahu hargai perempuan yang baik macam Kayra. Kalaulah aku ada satu peluang lagi, aku pasti takkan lepaskan Kayra pada kau. - Danish Iskandar

Asyik-asyik nak ugut masuk neraka. Kalau cemburu cakap ajelah. Saya tak marah. - Adlene Kayra



Comments

Popular Posts