Monday, July 14, 2014

Novel yang diidam-idamkan

Kerana Satu Janji
TEKADNYA Hannah, daripada berkahwin dengan buaya darat Azryl Tan Sri Hadi, adalah lebih baik dia berkahwin dengan Ilham, cikgu kampung yang tampak lurus. Ada sebab Hannah cari Ilham dan ada sebab juga mengapa Ilham sudi terima Hannah. Perkahwinan yang disangka ‘selamat’, rupanya tidak…
KATA Ilham kepada Suraya – Perkahwinannya dengan Hannah hanya tiga bulan!
KATA Suraya kepada Ilham – Sanggup berkorban dan tunggu demi janji cinta mereka.
KATA Elyna kepada Hannah – Kalau Ilham berbaloi sebagai suami, kenapa mahu lepaskan?
KATA Hannah kepada Suraya – Pinjam Ilham sekejap je! Nanti akan pulangkan semula.
MUDAHNYA mereka berjanji… Dan tiada siapa yang menduga perjalanan hidup Hannah dan Ilham yang pelbagai rasa dan rentak…
“Hannah, pakai balik baju awak tu!” arah Ilham keras dan masih lagi tidak memandang isterinya.
Hannah tidak menjawab. Ilham dihampiri semakin rapat. “Kalau saya tak nak?” bisik Hannah rapat di telinga suaminya dan dengan nada menggoda.
Ilham semakin penasaran. Merasakan hangat bisikan Hannah menerpa telinganya, degupan jantungnya menjadi semakin laju. Sudah huru hara perasaannya diperlakukan begitu.
“Hannah!” jeritnya melepaskan geram.
Hannah tergelak kecil. Bajunya dicapai dan disarungkan ke tubuh semula. “Tahu takut!” ejeknya perlahan dan terus berlalu dari situ. Tapi sempat pula dia cuit pipi Ilham.
Sampai saja di hadapan pintu biliknya, dia berpaling semula. “You know what Ilham?”
Ilham berpaling. “What?” ucapnya keras. Geramnya masih bersisa dengan kelakuan Hannah tadi. Boleh gugur jantung dibuatnya. Wajah Hannah di muka pintu bilik dipandang tajam.
“Tak kan ada seorang lelaki pun yang boleh bertahan kalau berada dengan perempuan di dalam keadaan seperti tadi kecualilah lelaki itu jenis spesis yang….” Kata-kata Hannah terhenti. Jarinya diketuk-ketuk ke bibirnya. Ilham direnung dengan satu pandangan yang sangat nakal. Tiba-tiba dia tersenyum.
“Awak nak cakap apa Hannah?” soal Ilham geram.
“Hurm… Macam mana nak cakap ya? But, I think you know what I mean…” ucapnya dengan senyum nakal di bibir. “So, awak kategori lelaki yang macam tu ke, Ilham?” soalnya dengan satu kenyitan nakal.
Ilham mendengus. “Awak nak cuba? Nak try? Test?” ugut Ilham yang benar-benar geram dan tidak tahan melihat kelakuan Hannah seolah-olah mencabarnya…
JANJI yang mana satukah yang berjaya dimeterai atau ada janji lain antara mereka lagi? Ikuti perjalanan hidup Ilham dan Hannah yang adakalanya nakal, serius, lucu, sebak, walaupun tercari-cari apa makna kasih sayang sesama insan di bumi yang sementara dan erti perjalanan hidup menuju ke alam kekal…

Sumber: http://www.intensidea.com
************************************************************************************************
Tika Hati Ini Berbicara
ARIEF HAKIMI, kali pertama menatap wajah itu gerak hatinya berdetik sesuatu. Dia mula mengayam angan untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Namun, keadaan memaksa untuk dia melupakan hasratnya itu. Juga melupakan janjinya kepada seseorang.
QASEH QALESYA, gadis yang berjaya mencuri hati Arief Hakimi. Namun, tiada siapa yang menduga keperitan dan duka yang dilaluinya. Derita hidup bersama keluarga tiri yang terlalu membencinya hanya mampu dipendam sendirian.  
“Awak...” – Qaseh.
“Sampai bila nak merajuk dengan abang ni?” – Arief.
“Mana ada merajuk...” – Qaseh.
“Habis tu kenapa nak berawak-awak lagi dengan abang? Dah sedap-sedap panggil abang hari tu. Sayang kena ingat perjanjian kita... Denda tetap kena denda, ya.” – Arief.
“Siapa yang cari pasal dulu? Boleh tak lepaskan Qaseh? Budak-budak tu pandang kita la...” – Qaseh.
“Nope, kalau sayang terus merajuk dengan abang. I won’t let you go...” – Arief.
“Jangan nak mengada-ada kat atas tangga ni boleh tak?” – Qaseh.
Untuk memiliki Qaseh, Arief perlu merahsiakan masa silamnya dan  janjinya kepada seseorang yang perlu ditunaikan. Namun tanpa diduga, rahsia yang selama ini tersimpan akhirnya terbongkar dan membuatkan perasaan benci bersemai dalam hati orang yang dicintai.
“Apa lagi yang abang rahsiakan daripada Qaseh?” – Qaseh.
“Qaseh, dengar dulu.” – Arief.
“Tidak! Qaseh tidak mahu dengar apa-apa lagi penjelasan. Cukuplah abang tipu Qaseh selama ini. Hati Qaseh dah cukup terluka.” – Qaseh.
“Maafkan abang...” – Arief.
Tanpa diduga rahsia yang selama ini tersimpan akhirnya terbongkar menyemai perasaan benci dalam hati Qaseh terhadap Arief.
Rahsia apakah yang Arief cuba sembunyikan? Mungkinkah perpisahan pengakhiran perhubungan mereka?
sumber: http://www.p2u.my
**********************************************************************************************
Hati Bertanya... Siapa Kamu
DAYANGKU INARA seorang gadis yang lari dari sebuah pernikahan! Lelaki yang dijodohkan dengannya bukan atas dasar pilihan sendiri. Kenal pun tidak! Dia menolak, ayahnya menerima. Dia tak suka, ayahnya berkenan! Apa pilihan yang dia ada? Nikah dan larilah! Seusai akad nikah, sebelum sempat menatap wajah suaminya, Dayangku Inara cabut lari...
“Siapa awak?” - DAYANGKU INARA
“Nama saya Gibran.” - GIBRAN EMIR
“Geram?” - DAYANGKU INARA
“Bukan geram, bukan gabra dan bukan juga gemuruh. Nama saya Gibran.” - GIBRAN EMIR
Satu kemalangan kecil menemukan Dayangku Inara dengan Gibran Emir. Namun sayang, si isteri tidak kenal si suami... Gibran muncul sebagai teman rapat abangnya. Sengaja disembunyikan status agar mereka dapat mengenali diri masing-masing.
“Awak kenal dengan lelaki tu?” - DAYANGKU INARA
“Siapa? Suami awak? Saya tak kenal dengan dia. Tapi, saya kesian dengan dia. Kesian sebab digantung tak bertali... Tak baik awak buat anak teruna orang macam tu...” - GIBRAN EMIR
Kerana suaminya itu, musnah impian dan masa depannya! Tanpa diduga, dalam satu pertemuan kecil di rumah Gibran, semua rahsia terbongkar pada saat Dayang membelek sebuah album perkahwinan. Cukup dengan hanya melihat pada helaian pertama, jemari dan matanya kaku di situ... Hati yang tertanya-tanya siapa suaminya terjawab!
“Awak penipu! Kaki putar alam, kaki kelentong!”
“Dayang… Gib memang bercadang nak berterus-terang dengan Dayang… Nak bagi tahu pasal kita…”
Ternyata Gibran tersalah langkah dalam misi memikat hati si isteri. Penipuan pertama mungkin boleh dimaafkan. Penipuan kedua? Diberi peluang lagi atau ditinggalkan? Mampukah Gibran Emir selamatkan rumah tangga mereka?
Sumber: http://www.karyaseni.my

Sunday, July 13, 2014

SILAP SEORANG WANITA


Ya 
silapnya seorang perempuan
Bila dia percaya, maka dia terlalu percaya

Bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati
Bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya..

Kerana itulah
Bila berhadapan dengan seorang lelaki
Perempuan perlu berhati-hati..

Janji manis dibibir itu
Mungkin menjadi SEMBILU yang akan menghiris hati
Bertahun lamanya..
Impian dan harapan indah itu
Mungkin menjadi SELUMBAR YANG MELUKAKAN..

Makanya
Selagi belum pasti jangan memberi sepenuh hati
Selagi belum memiliki dan dimiliki
Jangan memberi segala-galanya…
Bila kita terlalu mudah memberi
Maka kelak nanti kita akan sangat SUKAR MELEPAS PERGI..



Tuesday, April 8, 2014

Novel Akan Datang..

Sinopsis BISIKKAN NAMAKU – karya Muna Mahira

TIBA-TIBA dia diculik dan diugut. Tanpa sebab, tanpa kenal, bingung, takut dan cemas. Siapa Aeric Raid?

Don’t worry. I takkan jual you. I need you to be my wife.” Jika tidak dituruti, hidupnya hancur! Sama ada dijual ke sarang pelacuran atau diperkosa?

BERMULALAH hidup Ritz Shakeela bersama Aeric Raid. Bermulalah gelaran SUAMI DURJANA dan ISTERI DERHAKA di bibir mereka.

“Don't make me take back my words. Kalau you tak tahu nak hormatkan I... I ada banyak cara untuk ajar you. Jadi isteri I lebih baik dari jadi musuh I.” – Aeric

DENDAM seorang isteri derhaka bermula apabila mengetahui agenda sebenar suami durjananya itu… Meminta ayah kandungnya yang baru dikenali, menempatkan dia sebagai ketua suaminya. Masalahnya dia selalu tewas…

“Kenapa you cemburu?”

“I told you... I langsung tak cemburu. It’s just disgusting. You menggatal dengan perempuan lain sedangkan malam-malam you tak pernah lepaskan I. Jijik tahu!”

“Itu aje ke sebabnya? Bukan cemburu?” soal Aeric sinis. Di matanya Ritz jelas kelihatan cemburu biarpun Ritz menafikan keras.

“I tak nak sebab you I dapat penyakit yang bukan-bukan. Dasar lelaki. Tak pernah puas dengan satu,” tingkah Ritz bengang. Kenapa hatinya terasa panas benar? Kenapa?

“I dah cukup dengan you. My one... and only wife. I tak perlukan dua atau tiga perempuan untuk penuhkan hidup I. Cukup dengan you, isteri I,” bisik Aeric lembut di telinga isterinya. Kata-kata yang cukup jujur daripadanya.

“You bercakap macam suami setia. Tapi you tak kisah perempuan tu datang menggedik depan you. Kalau I tak masuk tadi entah apa agaknya you buat dengan dia.” Suara Ritz sedikit lembut tetapi sinis sebenarnya.

“I tak buat apa-apa pun dengan dia. I tak suka perempuan gedik macam tu. Tapi I takkan halang perempuan datang duduk atas meja I. Diorang boleh cuba goda I... Tak bermakna I akan tergoda. But it’s different with you, my wife. If you want to sit on my desk... I’m more than willing to entertain you.” Sempat lagi diusik isterinya yang kini sudah merona merah di pipi.

“You... You...” Ritz berpaling menghadap Aeric tetapi sudah kehilangan kata. Hanya jari telunjuknya sahaja yang ditunjuk-tunjuk ke arah muka Aeric.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sinopsis KALAU SUDAH BERKENAN - Karya Cempaka Rembulan

Pulangnya Zafry Tan Sri Hamzah ke Malaysia kerana satu alasan, dia layak mendapatkan semua harta sebagai bayaran sebuah kasih sayang yang tak pernah dia dapat dari ayahnya.

Pun begitu, ianya tidak semudah yang dibayangkan. Syarat untuk mendapat harta tersebut mesti diambil bersama pakej seorang isteri. Calon isteri pula bukan siapa-siapa, hanya anak seorang pemandu. Dia rasa tercabar tapi diikutkan juga kehendak ayahnya. Sudahnya, Adra Afeefa yang tak bersalah menjadi mangsa satu percaturan.

Adra kena tidur bilik yang sama dengan abang ke, atau Adra kena guna bilik lain?” – Adra

Kau jangan nak mengada boleh? Kalau kau tidur bilik lain pun, tak adanya kau jadi anak dara balik.” - Zafry.

Tapi Zafry tak tahu, Adra tu bukan jenis yang mudah mengalah. Apa yang Zafry tak suka, itulah yang dia buat.

Abang nak join Adra tak?” Kepala dijengul disebalik pintu bilik air. Niat hati mahu mengusik si suami. Tapi kalau Zafry bersetuju, mati lah dia!

Tak hingin aku…” Zafry menjeling tajam. Ingat dengan buat wajah macam kangaroo comel tersepit celah pintu dia nak tergoda ke? Boleh blah la! 

Jangan lupa ambil air sembahyang tau. Kita kumpul pahala sama-sama.” Adra kenyit mata sebelum pintu bilik air ditutup rapat. 

Arghhhhh..” Mukanya ditekap pada bantal dan kuat dia menjerit. Sakit hati melihat gelagat Adra. Malam ini apa jadi sekalipun dia mahu meneruskan agenda berpeleseran dengan Nafiz. Tidak boleh tidak!

Lama-lama, Zafry tergoda juga. Namun, konflik bermula apabila Adra disahkan hamil sedangkan anak adalah perkara terakhir yang Zafry mahukan dalam hidup. Kenapa Zafry mahukan begitu dan apa akan jadi pada perkahwinan mereka selepas itu? Semuanya akan terjawab di dalam naskah ini.