Hello Mr. Perfect! (Kaki Novel)
Muhammad  Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk  berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh  keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun  mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi  anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih  memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama  enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya,  Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada  pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia  terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna  sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada  seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA  PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga  diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu  berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana  hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah  Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar  kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya  dialah calon yang terakhir?
  



Comments
Post a Comment